November 2019 - Lawatan Penanda Aras ke FINAS

Lawatan Penanda Aras Bagi Penambahbaikan Perlaksanaan EKSA di FINAS, Petaling Jaya

Tarikh : 27/11/2019 (Rabu)

 

Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Pertahanan telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Petaling Jaya hari ini.

 

Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Pengerusi JK Promosi, Lt Kol Fazilah Mohd Ali bersama 34 orang peserta telah disambut oleh En. Ahmad Junaidi Reappai, Pustakawan Mediatheque, En. Mohd Amiruddin bin Zainal, Pegawai Makmal Kanan dan Pn. Khartini Binti A Fatah, Pegawai Eksekutif Komunikasi Korporat

 

Ahli rombongan diberi taklimat dan seterusnya dibawa melawat ke Museum of Moving Images (MOMI) di mana sebahagian besar arkib dan bahan-bahan produksi, selengaraan bahan serta para peserta juga turut diberi peluang untuk melihat sendiri proses penyimpanan dan pemuliharaan filem- filem lama yang dilakukan oleh pihak FINAS demi memastikan semuanya dipelihara dan berada dalam keadaan baik.

 

Lawatan ini banyak memberi manafaat untuk para peserta mengetahui amalan kerja, cara penyimpanan dokumen dan filem-filem yang sedia ada sejak tahun 1941.

FIA 8025  FIA 8091 

FIA 8135 FIA 8154

FIA 8258 FIA 8305

FIA 8350 FIA 8392

 

 

 

 

Tuesday, February 25, 2020