April 2015 - Lawatan Penanda Aras oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ke Kementerian Pertahanan

Lawatan Penanda Aras oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ke Kementerian Pertahanan.

Kuala Lumpur, 25 Apr 2015 – Kementerian Pertahanan baru-baru ini telah menerima lawatan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan. Kumpulan lawatan daripada Putrajaya ini merupakan sebuah lawatan penanda aras bagi amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Mereka telah memilih MinDef disebabkan pengiktirafan yang diberikanoleh MAMPU serta kredibiliti warga MinDef yang sememangnya mengamalkan EKSA.

Lawatan penanda aras ini diselaraskan oleh Puan Surarizuana binti Selamat dan dibawa ke Bahagian Pentadbiran Kementerian Pertahanan. Taklimat lawatan diberikan oleh Setiausaha Bahagian iaitu Puan Siti Normah binti Abdul Aziz. Para tetamu dibawa melawat ke zon-zon EKSA dan diakhiri dengan sesi soal-jawab.

gmbrlawatanpenandaaraskwp

 

Thursday, May 25, 2017