April 2015 - Lawatan Penanda Aras dari Universiti Teknologi Malaysia ke Kementerian Pertahanan

Lawatan Penanda Aras oleh Universiti Teknologi Malaysia ke KementerianPertahanan

Kuala Lumpur, 25 Apr 2015 – Kementerian Pertahanan sekali lagi telah menjadi pilihan sebagai sebuah Kementerian bagi menanda aras amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Lawatan penanda aras tersebut adalah daripada sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terkemuka iaitu Universiti Teknologi Malaysia.Kumpulan lawatan telah dibawa k eBahagian Pentadbiran Kementerian Pertahanan dan diselaraskan oleh PuanSurarizuana binti Selamat. Taklimat ringkas telah diberikan kepada para tetamu oleh Setiausaha Bahagian sendiri iaitu Puan Siti Normah binti Abdul Aziz serta diperincikan lagi oleh Q Manager EKSA iaitu Encik Hadiman bin Simin. Lawatan ke zon-zon EKSA memberi peluang kepada para tetamu untuk melihat sendiri contoh amalan EKSA yang telah diterapkan kepada warga MinDef. Lawatan diakhiri dengan sesi soal-jawab dan pertukaran cendera kenangan. 

gmbrlawatanpenandaarasutm

 

 

 

Friday, August 18, 2017